Sunday, November 9, 2008

WORLD ENDURANCE CHAMPIONSHIP TRG 2008




Erm, di kesempatan aku bercuti nih, aku berpeluangla berkunjung ke perasmian WORLD ENDURANCE CHAMPIONSHIP TERENGGANU 2008 yang berlangsung 5 November yang lalu (macam wat karangan BM je , huhu). Memang meriah beb. Aku pon terasa excited nak pegi. Lepas magrib aku n ngan family aku pon bersiapla nak ke Stadium Gong Badak (mummy aku yang over2 nak pegi). Yela nak menyaksikan sendirila acara perasmian yang akan dirasmikan oleh Agong kita yang ke-13, Sultan Mizan. Urm bukan main ramaila orang Terengganu rupanya yang turun. Memang sebesar-besar stadium tuh memang penohla orang.

Yang paling x best lalulintas agak jem jgkla. Aku anggarkan dalam 20 ribula org kut. Before masuk, dorg dah sediakan cederahatila sket (kasi dalam paper bag). Dalam paper beg tuh adela air mineral sebotol, beskut, gloss in the dark n flyers. Cenderahati ke kalo cam2? Kan ke bekal utk picnic dalam stadium. Beskut tuh bleh jugak dikunyah utk menghilangkan kebuluran semasa menonton acara berlangsung(huahuahua). So, acara yang diadakan memangla best2, cam pertunjukkan aksi kuda, tarian ditambah plak kedatangan artis2 cm Mawi, M.Nasir, Mila, Ameng (Spring), Saleem dan aku pon dah x ingat daa sape lagi…ramai sngt.

Yang paling best skali pertunjukkan bunga api yang aku rasela kalah ari Merdeka. Seingat-ingat akula lebih kut 50 das. Apa yang bleh dikatakan memang grandla perasmian malam tuh. Acara seperti ini bole diteruskan di masa2 akan datang n secara x langsungnyer dpt menaikkan martabat negeri Terengganu sekaligus imej negara di mata dunia.~End~