
KUALA LUMPUR: Mata pelajaran Sejarah akan dimasukkan dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) apabila subjek itu diajar secara khusus bermula pada Tahun 3 pada 2010.Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, berkata perkara itu sedang dikaji dalam Transformasi Kurikulum Sekolah Rendah yang dijangka akan beroperasi, dua tahun lagi.
Apa komen anda?
Mengikut pandangan akula yang merupakan orang baru dalam dunia pendidikan dan insyaallah xlama lagi akan bergelar warga pendidik, tidak dapat dinafikan bahawa sejarah merupakan salah satu subjek yang sangat bagus untuk dipelajari dan sekaligus x boleh dinafikan bahwa matapelajaran sejarah mengingatkan pelajar permulaan seorang manusia itu sebenarnya. Dan memang aku akui sejarah merupakan salah satu subjek favoret aku masa di sek menengah. Memang aku ini sekolah je kat sekolah Sains tapi berjiwa sastera beb...
Tapi di sini aku ingin tahu, sejauh mana silibus sejarah yang ingin diajar pada murid2 di sekolah rendah? Mengikut pandangan akula, unsur2 sejarah nih dah dimasukkan dalam subjek2 tertentu seperti BM, KT dan English, tetapi tidakla terlalu detail. Dulu pada zaman aku sekolah rendah dulu, ada subjek ALAM DAN MANUSIA, tapi skang dah xde. tapi dulu subjek tuh xde pon masuk dalam UPSR. Seingat akula mase tuh aku sekadar seronok utk belajar ALAM DAN MANUSIA dan xdela plak nak amik berat. yela mase tuh umo dalam lingkungan 10-12 tahun, so subjek tuh x kasi ape2 kesan pada jiwa aku. Tapi xtawla skang ni murid semakin hari semakin 'smart', pemikiran mereka semakin 'brilliant'
Berbalik kepada subjek sejarah yang dicadangkan untuk dimasukkan dalam UPSR, aku cuma nak katakan bahawa subjek Sejarah mungkin memberi sedikit bebanan kepada murid2. Subjek2 yang telah sedia ada pon kena cover, kemudian nak ditambah pula dengan satu lagi subjek. Memangla subjek Sejarah itu memberi pendedahan awal kepada murid2, tetapi sudah bersediakah murid2 untuk menerima satu lagi bebanan? Katakanlah jika subjek sejarah itu mmg benar2 dimasukkan dalam UPSR, barangkali ade segelintir antara mereka yang hanya mempelajari subjek sejarah semata-mata face for the exam, right?
Bukanlah nak kata apa, adik aku yang paling bongsu skang die dah nak masuk darjah empat tahun depan. Mase nak final exam die arituh, paper die BM 1,BM 2, English, Math, Science, B Arab, Pend. Islam, Pend. Seni, Muzik, PJK. Urm dah bape tuh? 10 kan. Nasib baikla adik aku seorang yang pintar dan alhamdullilah berkat kerajinannya(kena paksa jugak), dia dapat kesemuanya 'A' dan dapatla no.1. haha (ni nak cite pasal adik ke ape ni.)
So, aku cuma harap hal ini dapat dikaji semulala oleh semua. Aku x kata aku bangkang subjek sejarah ni diwujudkan, cuma kaji maksud aku berada seketika di pemikiran murid2 tahap ini. Adakah mereka mampu @ x menerima satu lagi tugas baru. Sebagai bakal warga pendidik, bakal ibu, akak kepada adik beradik (chewah wah), itu sahaja yang aku mampu suarakan. Dan cadangan aku, kalo nak masukkan jugak sejarah, aku cadangkan mungkin dalam mana2 subjek, mungkin murid boleh mengulas (sediakan pointla) atau membuat ayat atau membina karangan pendek mengenai tokoh yang mereka kagumi. erm, bernas atau x? x ke mereka mengingati jugak fakta sejarah kalo gtu? Dan satu lagi aku ingtkan dunia sekarang bukan bergantung kepada sejauh mana seseorang individu itu menguasai ilmu, teori atau pengetahuan, tapi sejauh mana dia mengaplikasikan atau dalam erti kata lain mempraktikkan apa yang mereka ada.
Aku x nafikan jugak kalo subjek Sejarah itu benar2 wujud di sekolah rendah, aku merupakan org pertama yang offerkan diri untuk ajar subjek itu(huahuahua. gila kuasa ke ape). x ni bukan masalah gila kuasa, i like history subject, seriesly. So, aku bersedia memikul tanggungjawab demi anak bangsa tercinta. K la... that's all.